Sunday, September 14, 2008

PUISI 2008



PUISI '08: The Fantastic Four. "Macam-macam ada"


"Wahai Allah, permudahkanlah urusanku..Semoga Engkau melepaskan segala kesulitan daripada belenggu diriku dan rakan-rakanku.."

Hamm(kegelisahan) dan Hazan(kesedihan).

Mengapa aku gelisah?Haih, gelisah akan hal yang akan datang..hal yang belum pasti. Antara hal yang aku gelisahkan sejak akhir-akhir ni:

  • PUISI 2008-Please enlighten me Ya Rabb.

  • Kenapa Ramadhanku seakan....Noktah..Something is missing..Aku ghindu sangat dengan Terawihku di Malaysia. Usai berbuka, Mak dan aku akan beriringan ke surau di tamanku. Mungkin terawih kali ini lebih bermakna kalau aku sendiri yang lebih kuat. Suasana Ramadhan di sini dengan Malaysia memang berbeza. Ini post mortemku..setelah 14 hari berpuasa di Dublin.

"Ramadhan di Malaysia VS Ramadhan di Dublin


Malaysia:Bulan puasa terasa dek kehangatan cuaca Malaysia.

Dublin:Bulan puasa terasa kesejukannya bila hujan renyai-renyai membasahi bumi Shamrock. Ala-ala Cameron Highland.

Malaysia:Solat terawih bersama-sama familiku..Epecially with the presence of Mak and Izzah.

Dublin: Solat terawih dengan housemateku yang setia. Bertadarus bersama-sama untuk mengasah pelajaran Tajwid yang sudah berkarat-karat ni. Ustazah Safiah mentor kami.

Malaysia : Ada banyak program-program agama di TV : Jejak Rasul, Mari Mengaji and the list goes on.


Dublin: TV memang tidak menjadi kebiasaan. Internet...sumber rejuvenating my soul, takpun loads of books, takpun Imeem, Utusan atau Islam.net tempat aku google. Eh, tapi TV3 pun dah boleh tgk online rancangan yang lepas-lepas. Oh, aku rindu IKIM.fm.. Tak pernah pulak cuba dkt sini.

Malaysia: Solat terawih berjemaah paling maksimum dekat masjid atau surau 21 rakaat. Ha..sampai kebas-kebas dan gatal kaki digigit nyamuk.


Dublin: Solat terawih bermula agak lambat.8 rakaat dengan 1 juzu'. Selalunya, jarang-jarang aku berjemaah di sana. Lebih selesa di rumah.

Malaysia:Iftarku bersama Mak, Abah, Izzah, Abg Farid, Abg Firdaus. Bazar Ramadhan riuh sePendang.


Dublin: Selalunya Dublin Mosque tempatku bertandang dek kerana resipi Tandoori, Nasi Beriyani Pak Usop dan jarak rumahku hanya 5 minit berjalan ke sana (3 minit berlari). Namun, seminggu ini, dek hujan, kesejukan dan kemalasan untuk bergerak..kami berbuka sahaja di rumah. Bagi peluang kepada orang lain pulak kan.Hehe."

3.Akademikku..semester yang akan datang aku pasti cabarannya pasti lebih besar. Sudah bermacam-macam cerita yang kurang enak kudengari tentang Intermediate Cycle 2 yang bakal bermula minggu depan. What's your preparation to overcome your weaknesess? Kawan-kawan, let's be prepare for the battle. Insaflah dengan jenayah akademik yang anda lakukan.


Mungkin Ini Ramadhan yang terkahir?




The Mute, The Blind, The Deaf.

A plea for a sound heart.


No comments: