Saturday, September 13, 2008

Jalan-jalan bumi Mesir EP 2

Assalamualaikum WBT,

Ini siri kedua coretan pengalaman aku sepanjang berada di bumi Mesir,

Kisah 1:'Ammu yang special di hati kami-


Kali ini aku nak ceritakan tentang kisah pemandu van pelancong kami.
Masyaallah, aku masih belum pernah bertemu dengan muslim se'thabit' itu dalam menjaga solatnya. Kami semua menggelarkannya 'Ammu 'Azim ( Pak Cik 'Azim). Allah, betapa 'Ammu 'Azim ni sangat menjaga solatnya.Kagum gila aku dan kawan-kawan. Pernah satu ketika, kami menunggu 'Ammu menghantar lunch kepada kami di Alexandria selama lebih kurang 2 jam. 2 jam!cuba anda bayangkan...Hehe..Memang menguji kesabaran kami gara-gara musim panas di Mesir, kami kehausan, namun semua sudah sedia maklum yang 'Ammu menunaikan solat berjemaah Zuhur di masjid, jadi kami terpaksa bersabar sebentar. Seperti biasa, Ustaz Fazil pun membelikan air mineral utk aku dan rakan-rakan buat sementara menunggu 'Ammu tiba. Aku ingin mencontohi 'Ammu! Jangan lengahkan solatmu. Dalam van 'Ammu pun, tak pernah sekali corong radionya memutarkan lagu-lagu gelek Arab, semuanya bacaan al-quran. Siap 'Ammu dan Ustaz Farizan menghayati setiap surah..hingga satu hari Ammu mengangkat-angkatkan tangannya ke langit sambil sebelah lagi tangan dia pegang stereng van (boleh dak bayangkan??) tanda memuji kebesaran tuhan sambil mulut mengikut-ngikut bacaan syeikh tersebut. Adus, ruginya aku tidak faham Bahasa Arab.


Kisah 2: Mendaki Puncak Gunung Sinai-

Oh, ini antara pengalaman aku yang paling-paling mencabar. Malam itu, kami bertolak daripada Fox's Camp(takde pun musang berkeliaran...camp style Arab Badwi punya) menuju ke Puncak Sinai, tanpa aku menyedari yang tingginya
2285 meter (1). Sayang, malam tu, Mar demam panas yang teruk dan dia terpaksa bermalam sendirian di Fox's Camp. Mula-mula macam sangat landai sahaja pendakiannya. Buat pengetahuan semua, ini pertama kali aku mendaki gunung, aku ingatkan aku hanya mendaki bukit(adeke patut tak buat reserach dulu??haha). Kami mula mendaki kalau tak salah aku pukul 1 pagi dan tiba di puncak kira-kira pukul 5.30-6.00 pagi.
Nampak sangat la kami ni tidak fit, dan aku antara yang di belakang, konon menolong Dayah yang sakit perut. Bila dah tiba di atas tu, sebenarnya ada 2 buah rumah ibadat, satu surau( tempat Nabi Allah Musa diakatakan berkhalwat dan menerima amanah sebagai Rasul), (2)manakala satu lagi tempat, dibina seperti chapel (ker gereja kecil )berdekatan dgn surau tu. Sayu...amat sayu dan terkesan sampai saat ini, aku takkan melupakan perit jerih payah mendaki puncak Gunung Sinai. Ha, cuba korang bayangkan...macam mana la nabi Allah Musa yang saat tu berumur kira-kira 40-60 tahun (maaf, tidak ingat fakta ini..), cuba mendaki Gunung itu demi mencari api yang dilihatnya daripada kaki gunung. Sila rujuk surah Taha untuk menyelak kisah Nabi Musa, yang digelar Kalamullah.
Mesir...mesir..Mesir....aku bagi 5 star in terms of ilmu yang aku dapat. Berbaloi yang teramat! Must-Visit-List untuk kaki adventure, kaki usrah, kaki makan, kaki shopping,

kaki Zumo(jus buah yang sgt la terkenal dgn kesedapan dan kemahalan harganya di Dublin) yang nak rasai pengalaman berbeza.





Kisah 3- Coretan dinding rumah Haji dan Hajah edisi mesir-

Haaaa, yang ni memang sangat unik. Kalau semua nak tau, tradisi orang-orang Mesir ni, kalau mereka balik sahaja daripada menunaikan Haji di Mekah, mereka akan mengupah jurulukis amateur utuk melakarkan lukisan-lukisan menarik di luar dinding rumah mereka dgn selalunya ada gambar 'Ka'bah' dan juga kenderaan apa yang digunakan mereka untuk ke Mekah. Contohnya...kalau pergi Mekah naik kapal terbang, mereka lukis la airplane..kalau naik kereta..lukis kereta..kalau naik unta..lukis la unta..Mereka tidaklah mengagunggkan title Haji dan Hajah yang biasa orang buat dekat Malaysia.


Sumber cerita aku dapat ni drp tour guide kami la; Ustaz Farizan dan Ustaz al-Fazil, insyaallah reliable..Hihihi.
Korang nak tau, drp semua tempat-tempat dekat europe yang aku lawat, Mesir duduk tempat 1st dalam rating aku. Kenapa?????Kalah Disneyland Paris...


apa lagi Italy, Venice, Rom,Paris, Colosseum yang pernah aku jejak..Oh, tempat kedua..mestilah Spain. Kalau nak tau kenapa..anda datang sendiri la ke Mesir.


Hodoh tapi sangat cantik
.

Hodoh itu daripada zahirnya, tapi yang tersirat..herm, banyak sgt yang cantik. Bak kata Hazirah, temanku "Mesir ni..comot tapi cantik". Sekarang baruku faham.




Rujukan:
1.www.wikipedia.com
2.Stories of the Prophets, Sayyed Abul Hasan Ali Nadwi, UK Islamic Academy, 1990.

1 comment:

Narina Joe "Najo" said...

salam Dila..=)

Best! Hoping for the chances to visit there someday...